Tahniah diucapkan kepada semua pelajar KAFA atas pencapaian dalam Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2025, khususnya para pelajar KAFA Nurul Iman yang telah mengharumkan nama sekolah.
Lebih membanggakan, 8 daripada 57 calon KAFA Nurul Iman telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang 9A. Pencapaian ini merupakan satu kejayaan yang amat membanggakan dan mencerminkan kesungguhan para pelajar, dedikasi guru-guru serta sokongan padu ibu bapa. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus berusaha, memperkukuh ilmu serta membentuk sahsiah diri yang unggul berteraskan Al-Quran dan sunnah. […]









