Lebih membanggakan, 8 daripada 57 calon KAFA Nurul Iman telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang 9A. Pencapaian ini merupakan satu kejayaan yang amat membanggakan dan mencerminkan kesungguhan para pelajar, dedikasi guru-guru serta sokongan padu ibu bapa.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus berusaha, memperkukuh ilmu serta membentuk sahsiah diri yang unggul berteraskan Al-Quran dan sunnah.
Yayasan Al-Sultan Abdullah sentiasa komited menyokong usaha memperkasa pendidikan demi melahirkan generasi berilmu dan berakhlak mulia.
Selamat maju jaya dan teruskan kecemerlangan!
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar KAFNI Pekan & Sepekan Jaya atas pencapaian menduduki tangga kedua terbaik di daerah Pekan dengan Gred Purata Sekolah (GPS) 1.3 dalam Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2025.
Yayasan Al-Sultan Abdullah sentiasa komited menyokong usaha memperkasa pendidikan demi melahirkan generasi berilmu dan berakhlak mulia.