Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Hormat Mulia Tengku Natasya Puteri binti Tengku Adnan atas pengurniaan gelaran Yang Hormat Mulia Tengku Puan Bendahara pada 1 Januari 2026.
Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) mendoakan agar YHM Tengku Puan Bendahara sentiasa diberkati Allah SWT, dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan sebagai suri kepada Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan sentiasa dinaungi rahmat-Nya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli keluarga Diraja Pahang yang disayangi rakyat.
Semoga pengurniaan ini membawa seribu keberkatan dan keafiatan buat YHM Tengku Puan Bendahara.
2. Sambutan Israk Mikraj
Masjid Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad
Perjalanan Agung, Pedoman Kehidupan Insan
Disampaikan oleh:
Prof. Madya Dr. Amran bin Muhammad
Naib Pengerusi
Jawatankuasa Masjid Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad
Tarikh: 17 Januari 2026 / 27 Rejab 1447H
Waktu: Selepas Solat Maghrib
Tempat:
Masjid Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad
Sungai Karang Pantai, Kuantan, Pahang
Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir