January 30, 2026

YASA & Citaglobal Salur RM400,000 Bantuan Kemanusiaan ke Aceh

Banda Aceh, 30 Januari 2026 – Keprihatinan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah terhadap penderitaan mangsa banjir di Aceh dizahirkan melalui pelaksanaan misi bantuan kemanusiaan oleh Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) dengan kerjasama strategik Citaglobal Berhad.

Sebanyak RM400,000 telah diperuntukkan bagi menyokong usaha bantuan kemanusiaan merangkumi sumbangan kepada Kerajaan Aceh serta bantuan secara langsung kepada komuniti terjejas di lapangan.

Misi ini diketuai oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Mohamad Norza Zakaria, Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal Berhad, bersama YBrs. Tuan Haji Mohd Fakhrul Islam Juhali, Pengurus Besar Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA). Turut serta, YBhg. Dato’ Sri Ahmad Fadil Shamsuddin, Penasihat YASA.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh hubungan kemanusiaan Malaysia–Indonesia serta menzahirkan semangat solidariti serantau demi kesejahteraan rakyat yang terkesan akibat bencana.

Tags:

Share:

Scroll to Top