Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Pasukan Polo Malaysia atas kejayaan membanggakan meraih Pingat Gangsa dalam acara Polo Kategori 2–4 Gol sempena Sukan SEA ke-33, 2025 di Thailand.
Pencapaian ini mencerminkan keunggulan, disiplin serta semangat kesukanan yang tinggi dalam kalangan atlet negara. YASA turut menzahirkan rasa bangga atas komitmen dan dedikasi yang ditampilkan sepanjang kejohanan tersebut.
Semoga kejayaan ini berterusan dan terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.