Author name: admin

Majlis Iftar & Penyampaian Sumbangan Beg Rahmah YASA di Pusat Hemodialisis YASA Jerantut

Jerantut, 20 Februari 2026 – Majlis Iftar dan penyampaian sumbangan Beg Rahmah anjuran Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) Jerantut telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh keberkatan dan kebersamaan. Program ini menghimpunkan para pesakit hemodialisis, waris dan warga kerja Pusat Hemodialisis sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan YASA terhadap kebajikan pesakit, khususnya sepanjang bulan […]

Majlis Iftar & Penyampaian Sumbangan Beg Rahmah YASA di Pusat Hemodialisis YASA Jerantut Read More »

Program Outreach Pemeriksaan Kesihatan Percuma di Masjid Saidina Hamzah, Rompin

Rompin, 20 Februari 2026 – Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) telah menganjurkan Program Outreach Pemeriksaan Kesihatan Percuma bertempat di Masjid Saidina Hamzah sebagai inisiatif berterusan dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat sentiasa dipelihara. Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat ke program ini

Program Outreach Pemeriksaan Kesihatan Percuma di Masjid Saidina Hamzah, Rompin Read More »

Majlis Pelancaran Op Prihatin APM Peringkat Zon Timur

Beserah, 11 Februari 2026 – OP Prihatin Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Zon Timur telah dilancarkan oleh YS Kol. (PA) Che Adam bin A. Rahman, Pengarah APM Negeri Pahang di stesen PETRONAS Beserah. OP Prihatin dilaksanakan sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina 2026 bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan anggota dan aset keselamatan dalam menghadapi pertambahan pergerakan

Majlis Pelancaran Op Prihatin APM Peringkat Zon Timur Read More »

Majlis Penyerahan Pengurusan Perkhidmatan Ambulans YASA kepada APM Negeri Pahang

Beserah, 11 Februari 2026 – Penyerahan Pengurusan Perkhidmatan Ambulans Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang telah berlangsung dengan jayanya dalam Majlis Himpunan Setia APM Bil. 1/2026. Kerjasama ini merupakan langkah strategik bagi memastikan ambulans milik YASA diurus dan dioperasikan secara profesional, sistematik serta selaras dengan standard operasi kecemasan yang

Majlis Penyerahan Pengurusan Perkhidmatan Ambulans YASA kepada APM Negeri Pahang Read More »

Program Pemantapan Tulisan Jawi Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA)

7 Februari 2026 Akademi YASA–MUIP (AY-M) Program Pemantapan Tulisan Jawi anjuran Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) dengan kerjasama Akademi Jawi Malaysia melibatkan para pelajar Kelas Al-Quran dan Fardu Ain Nurul Iman (KAFNI) sebagai satu usaha berterusan dalam memperkukuh kefahaman dan meningkatkan kemahiran penulisan Jawi dalam kalangan generasi muda. Program ini memberi pendedahan kepada asas dan kaedah

Program Pemantapan Tulisan Jawi Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) Read More »

YASA & Citaglobal Salur RM400,000 Bantuan Kemanusiaan ke Aceh

Banda Aceh, 30 Januari 2026 – Keprihatinan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah terhadap penderitaan mangsa banjir di Aceh dizahirkan melalui pelaksanaan misi bantuan kemanusiaan oleh Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) dengan kerjasama strategik Citaglobal Berhad. Sebanyak RM400,000 telah diperuntukkan bagi menyokong usaha bantuan

YASA & Citaglobal Salur RM400,000 Bantuan Kemanusiaan ke Aceh Read More »

Tahniah YHM Tengku Puan Bendahara Tengku Natasya Puteri Binti Tengku Adnan atas Pengurniaan Gelaran

Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Hormat Mulia Tengku Natasya Puteri binti Tengku Adnan atas pengurniaan gelaran Yang Hormat Mulia Tengku Puan Bendahara pada 1 Januari 2026. Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) mendoakan agar YHM Tengku Puan Bendahara sentiasa diberkati Allah SWT, dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan sebagai suri kepada Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku

Tahniah YHM Tengku Puan Bendahara Tengku Natasya Puteri Binti Tengku Adnan atas Pengurniaan Gelaran Read More »

Tahniah YAM Tengku Arif Bendahara dan Pasukan Polo Malaysia di Sukan SEA 2025

Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Pasukan Polo Malaysia atas kejayaan membanggakan meraih Pingat Gangsa dalam acara Polo Kategori 2–4 Gol sempena Sukan SEA ke-33, 2025 di Thailand. Pencapaian ini mencerminkan keunggulan, disiplin serta

Tahniah YAM Tengku Arif Bendahara dan Pasukan Polo Malaysia di Sukan SEA 2025 Read More »

Kunjungan Hormat PPZ-MAIWP ke Pusat Hemodialisis YASA Bukit Jalil

Bukit Jalil, 4 Disember 2025 – Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) Cawangan Bukit Jalil telah menerima kunjungan mesra daripada Pusat Pungutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Amrin Awaluddin, Pengerusi PPZ-MAIWP, serta YBhg. Datuk Hj Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP. Turut hadir ialah wakil FGV Holdings Berhad,

Kunjungan Hormat PPZ-MAIWP ke Pusat Hemodialisis YASA Bukit Jalil Read More »

Sesi Edaran Sumbangan Sarapan Pagi Calon SPM 2025 AMG & Pelajar SMK TPPTM

Kuantan, 25 November 2025 — Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) terus komited memperkasa kecemerlangan pendidikan dengan mengadakan sesi edaran sumbangan sarapan pagi kepada 280 calon SPM 2025 daripada Akademi Menara Gading (AMG) dan pelajar SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad (SMKTPPTM) di kantin sekolah pagi ini. Inisiatif ini bertujuan memberi sokongan moral dan memastikan para calon

Sesi Edaran Sumbangan Sarapan Pagi Calon SPM 2025 AMG & Pelajar SMK TPPTM Read More »

Scroll to Top