














Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) melalui Kelas Pengajian Al-Quran & Fardhu Ain Nurul Iman (KAFNI) telah menganjurkan Program Jawab Untuk Cemerlang (JUC) bagi membantu para murid membuat persiapan rapi menghadapi Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).
Program ini telah berlangsung pada 4 dan 5 Oktober 2025 di dua lokasi iaitu KAFNI Sungai Karang dan KAFNI Sepekan Jaya. Penganjuran ini bertujuan memperkukuh penguasaan akademik, meningkatkan keyakinan diri serta membentuk semangat juang dalam kalangan murid KAFA.
Inisiatif ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan ilmu dan akhlak dalam kalangan murid di bawah naungan YASA.