Pendidikan
Akademi Menara Gading
Akademi Menara Gading merupakan inisiatif pendidikan YASA yang utama.
Di bawah inisiatif Pendidikannya, YASA mempunyai program jangka panjang iaitu Akademi Menara Gading yang bertujuan mengurangkan kemiskinan melalui kecemerlangan akademik. Program dua tahun itu mengumpulkan pelajar sekolah menengah daripada keluarga kurang berkemampuan untuk menyediakan mereka dari segi akademik bagi menghadapi peperiksaan kebangsaan Sijil Pelajaran Malaysia dan memastikan mereka mendapat akses kepada pendidikan tinggi yang betul dan berkualiti.
Selain itu, YASA kini mengendalikan tiga pusat pendidikan agama di Pahang untuk kira-kira 300 pelajar sekolah rendah daripada keluarga miskin.
Lihat Carta Organisasi Akademi Menara Gading
















