yayasan al-sultan abdullah

RAJA BERJIWA RAKYAT

Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) Terus Mempergiat Usaha Membantu Rakyat Pahang

Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) ialah sebuah organisasi amal dan bukan berasaskan keuntungan, yang diasaskan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj serta anakanda-anakanda Baginda berdua.

Ianya ditubuhkan pada 11 September 1996. YASA bertujuan untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang bernasib baik melalui inisiatif pendidikan, agama, kebajikan dan penjagaan kesihatan

YASA Activities

Sejak penubuhannya pada 1996, YASA telah giat melancarkan pelbagai inisiatif di bawah empat teras utamanya: penjagaan kesihatan, pendidikan, keagamaan dan kebajikan yang telah membantu beribu-ribu rakyat di Pahang dan negeri-negeri lain.

Inisiatif ini termasuk rawatan berkala percuma untuk pesakit dialisis dan ambulans komuniti, program kecemerlangan pelajar, kelas fardhu ain, dan bantuan kemanusiaan untuk mangsa bencana.

Latest News & Events

Sokong Inisiatif YASA

YASA mengalu-alukan semua organisasi korporat dan individu yang pemurah dan prihatin untuk menyertai kami untuk menyumbang kepada kesejahteraan sosial masyarakat tercinta. Kami menerima sumbangan berbentuk barangan dan kewangan yang boleh menyokong inisiatif yang dilaksanakan dalam pelbagai bidang yang menjadi tumpuan yayasan kami.
Scroll to Top