WordPress database error: [MySQL server has gone away]
SELECT tt.id, CASE WHEN ot.original is NULL THEN tt.original ELSE NULL END as tt_original, tt.translated, tt.domain AS tt_domain, tt.plural_form, tt.original_id AS tt_original_id, ot.original, ot.domain, ot.context FROM `RStXtDpA_trp_gettext_en_us` AS tt LEFT JOIN `RStXtDpA_trp_gettext_original_strings` AS ot ON tt.original_id = ot.id

Program Jawab Untuk Cemerlang (JUC) Kelas Pengajian Al-Quran & Fardhu Ain Nurul Iman (KAFNI) - YASA

November 5, 2025

Program Jawab Untuk Cemerlang (JUC) Kelas Pengajian Al-Quran & Fardhu Ain Nurul Iman (KAFNI)

Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) melalui Kelas Pengajian Al-Quran & Fardhu Ain Nurul Iman (KAFNI) telah menganjurkan Program Jawab Untuk Cemerlang (JUC) bagi membantu para murid membuat persiapan rapi menghadapi Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).

Program ini telah berlangsung pada 4 dan 5 Oktober 2025 di dua lokasi iaitu KAFNI Sungai Karang dan KAFNI Sepekan Jaya. Penganjuran ini bertujuan memperkukuh penguasaan akademik, meningkatkan keyakinan diri serta membentuk semangat juang dalam kalangan murid KAFA.

Inisiatif ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada kecemerlangan ilmu dan akhlak dalam kalangan murid di bawah naungan YASA.

Tags:

Share:

Scroll to Top