Majlis pembukaan rasmi China–Malaysia High-Speed Railway & New Energy Vehicle Culture Study Camp 2025 telah berlangsung di Liuzhou Railway Vocational Technical College (LRVTC), China.
Upacara ini disempurnakan oleh Presiden LRVTC, Encik Qin Haibo, bersama Tuan Haji Mohd Fakhrul Islam bin Juhali, Pengurus Besar Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA), serta dihadiri oleh Profesor Dato’ Ir. Ts. Dr. Ahmad Ziad bin Sulaiman, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) merangkap Pengurus Program Akademi Menara Gading (AMG), dan 11 pengetua sekolah menengah dari Pahang.
Majlis turut menyaksikan pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara LRVTC dan sekolah-sekolah Malaysia sebagai tanda komitmen terhadap kerjasama dalam bidang teknologi rel berkelajuan tinggi dan kenderaan tenaga baharu.














