Jun 3, 2025

YAM TENGKU PANGLIMA PERANG MENYANTUNI MANGSA KEBAKARAN MEWAKILI KDPB SULTAN PAHANG

LIPIS, 3 June 2025 — Musibah datang tanpa diduga, namun dalam setiap ujian, hadirnya tangan-tangan yang sudi menghulur.

Petang ini, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berangkat ke Kg. Kelapa, Benta, Lipis bagi menyantuni mangsa kebakaran yang kehilangan tempat tinggal akibat insiden baru-baru ini.

YAM Tengku Panglima Perang berangkat mewakili Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah untuk menzahirkan simpati dan keprihatinan Baginda terhadap nasib mangsa yang terkesan. YAM Tengku turut menyampaikan bantuan segera berupa sumbangan kewangan dan kelengkapan asas rumah kepada semua mangsa, yang disediakan oleh pihak YASA. Bantuan ini merupakan tanda solidariti dan harapan agar mereka dapat membina semula kehidupan setelah diberi ujian.

YASA juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi penyelamat, pentadbiran daerah serta masyarakat setempat yang berganding bahu membantu dalam situasi mencabar ini.

Share:

Scroll to Top