Julai 1, 2025

LAWATAN TAPAK OLEH CKAPS DI HD BUKIT JALIL UNTUK TUJUAN KELULUSAN PERLESENAN (BORANG 4)

Pada 1 Julai 2025, satu lawatan tapak telah diadakan di HD Bukit Jalil sebagai sebahagian daripada proses penilaian bagi tujuan kelulusan perlesenan premis kesihatan, selaras dengan keperluan Borang 4 di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998. Lawatan ini telah dihadiri oleh wakil dari Cawangan Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) Putrajaya serta wakil dari CKAPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sesi lawatan ini bertujuan untuk memastikan premis mematuhi piawaian dan garis panduan teknikal serta keperluan perundangan yang ditetapkan sebelum kelulusan lesen dikeluarkan. Semoga segala proses penilaian berjalan lancar demi menjamin kualiti dan keselamatan perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan kepada masyarakat.

Pihak YASA mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran dan sokongan dari pihak CKAPS.

Semoga dgn kelulusan penubuhan pusat dialysis baru di Bukit Jalil ini dapat memberikan manfaat pada pesakit buah pinggan di sekitar Bukit Jalil secara amnya.

Tags:

Share:

Scroll to Top