Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) dengan kerjasama Gading Sari Villa telah menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri yang penuh kemeriahan pada Selasa, 22 April 2025M bersamaan 23 Syawal 1446H, bertempat di Dewan Utama WISMA Belia, Kuantan dari jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang.
Majlis ini disempurnakan dengan kehadiran Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Fakhrul Islam bin Juhali, Pengurus Besar YASA dan Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Najmi Bin Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif Gading Sari Holdings Sdn. Bhd. Turut hadir, para tetamu kehormat, rakan kerjasama, warga kerja serta komuniti setempat.
Suasana majlis yang meriah dan harmoni ini menjadi medan memperkukuh silaturahim serta menjalin ukhwah antara semua yang hadir, selari dengan semangat Syawal yang diraikan.