Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah, telah berkenan berangkat mencemar duli ke Majlis Penyerahan Rumah Kurniaan Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) bagi Daerah Maran pada 21 April 2025M bersamaan 22 Syawal 1446H.
Baginda Tuanku telah diiringi oleh Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj bersama-sama Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta Paduka Anakanda-anakanda Baginda Tuanku yang juga merupakan Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah YASA.
Majlis ini mencerminkan kasih sayang serta keprihatinan berterusan KDPB Tuanku berdua dan seluruh Kerabat Diraja Pahang terhadap kebajikan rakyat, khususnya dalam aspek penyediaan tempat tinggal yang selesa dan selamat bagi golongan memerlukan.
Senarai Penerima Rumah Kurniaan YASA:
- Encik Badrul Hisam bin Baharom
Kampung Nyak, Kertau, Maran - Encik Mohd Faizal bin Arman
Kampung Sekara, Kertau, Maran












