
Rabu, 6 Mac 2024 – Akademi Menara Gading dibawah seliaan Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) telah menganjurkan Kem Kerjaya Artificial Intelligence AI-STEM 2024 dengan jayanya.
Kem Kerjaya Artificial Intelligence AI-STEM ini bertujuan untuk memberi pengetahuan umum kepada pelajar khususnya pelajar AMG mengenai dunia maklumat yang semakin berkembang maju khususnya dalam bidang Artificial Intelligence (AI) ini.
Kem Kerjaya Artificial Intelligence AI-STEM 2024 ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Mulia Tengku Fahad Mua’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Almusta’in Billah pada 6 Mac yang lepas.
Turut mengiringi keberangkatan YAM Tengku Fahad Mua’adzam Shah ialah Pengurus Besar YASA, Tuan Haji Mohd Fakhrul Islam Juhali, Pengurus Akademi Menara Gading, Prof. Dato’ Indera Dr. Abdul Razaq Ahmad dan Ketua Pegawai Eksekutif Centre of Excellence for Intellegence and Virtual Reality GPlus Tech Sdn Bhd, Dr Nurliza Md Azzam.