Januari 27, 2024

KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS)

27 Januari 2024 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menyantuni mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Lembing, Kuantan, Pahang pagi semalam.

Turut berangkat mengiringi Seri Paduka Baginda, KDYMM Pemangku Raja Pahang.

Selain bertanya khabar dan beramah mesra, Seri Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan dan bantuan makanan daripada Yayasan Al-Sultan Abdullah kepada lebih 200 ketua isi rumah di PPS tersebut.

Seri Paduka Baginda menzahirkan penghargaan kepada pasukan keselamatan seperti polis, bomba, tentera dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan agensi-agensi Kerajaan yang bertungkus-lumus membantu mangsa banjir.

#yasa #yayasanalsultanabdullah #Royal #pahang #malaysia #banjirsglembing

Tags:

Share:

Scroll to Top