
Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada anak-anak KAFA Nurul Iman (KAFNI) yang telah berjaya dinobatkan sebagai Johan Nasyid (Kategori Lelaki) dalam Majlis Ihtifal KAFA Peringkat Daerah Pekan 2025.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus berusaha dan menyerlah di pentas yang lebih tinggi. Selamat maju jaya dan doa kami mengiringi anak-anak KAFNI yang akan mewakili daerah Pekan ke Majlis Ihtifal KAFA Peringkat Negeri Pahang 2025.
Moga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang.