







📅 10 Ogos 2025 (Ahad)
📍 Akademi YASA-MUIP
Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) dengan kerjasama PTTI meneruskan penganjuran Program AMG-NEXTGEN: Pecutan Skor A+ SPM 2025 – Fasa 2, sebagai kesinambungan usaha meningkatkan tahap persediaan pelajar menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.
Program intensif yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang ini menggabungkan pendekatan pembelajaran berfokus, perbincangan topik utama serta latihan teknik menjawab secara praktikal. Para pelajar dibimbing secara langsung oleh barisan pendidik berpengalaman dan berwibawa:
- Fizik – Sir Berg
- Sains – Cikgu Aidil
- Add Maths – Sir Asrin
- Biologi – Cikgu Aidil
- Bahasa Inggeris – Miss Neez
Sesi pagi memberi penekanan kepada penguasaan konsep asas dan aplikasi bagi subjek Fizik dan Sains, manakala sesi petang memfokuskan pengukuhan kemahiran analisis, penyelesaian masalah serta penghasilan jawapan yang tepat bagi subjek Add Maths, Biologi dan Bahasa Inggeris.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen YASA dan PTTI dalam menyediakan platform pembelajaran berkualiti tinggi bagi melahirkan pelajar yang cemerlang akademik, berdaya saing serta yakin menghadapi cabaran peperiksaan.