











📅 9 Ogos 2025 (Sabtu)
📍 Akademi YASA-MUIP
Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) dengan kerjasama PTTI telah menganjurkan Program AMG-NEXTGEN: Pecutan Skor A+ SPM 2025 – Fasa 2, sebagai kesinambungan usaha memperkukuh persediaan pelajar menjelang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025.
Program intensif yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang ini menggabungkan sesi pembelajaran berfokus, perbincangan topik kritikal serta latihan teknik menjawab soalan yang efektif. Para pelajar mendapat bimbingan secara langsung daripada tenaga pengajar berpengalaman dan berwibawa:
- Sejarah – Sir Rozi
- Kimia – Sir Luqman
- Matematik – Cikgu Umi & Teacher Sue
Sesi pagi memberi penekanan kepada penguasaan fakta penting dan strategi analisis soalan bagi subjek Sejarah dan Kimia, manakala sesi petang memfokuskan pengukuhan kemahiran penyelesaian masalah serta ketepatan jawapan bagi subjek Matematik.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen YASA dan PTTI dalam menyediakan platform pembelajaran berkualiti tinggi bagi melahirkan pelajar yang cemerlang akademik, berdaya saing serta yakin menghadapi cabaran peperiksaan.