Oktober 23, 2025

Semarak Merdeka Ke-68 Bersama YASA

Hari ini, 31 Ogos 2025, Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) dengan penuh semangat patriotisme telah menyertai perbarisan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-68 di Dataran Kuantan.

Kontinjen YASA-AMG yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Fakhrul Islam bin Juhali, Pengurus Besar YASA, bersama-sama 70 peserta terdiri daripada warga YASA dan anak-anak Akademi Menara Gading (AMG) telah melangkah gagah dalam perarakan penuh simbolik ini.

Penyertaan ini bukan sahaja mencerminkan iltizam YASA dalam memupuk semangat cinta tanah air dan perpaduan, malah turut menyerlahkan komitmen YASA dalam empat teras utama iaitu Kebajikan, Agama, Kesihatan dan Pendidikan, yang menjadi tunjang kepada usaha membina masyarakat sejahtera.

Dengan semangat Malaysia Madani, YASA akan terus melangkah ke hadapan demi negara yang lebih maju, makmur dan berdaya saing.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-68!

Tags:

Share:

Scroll to Top