Mei 25, 2025

TAHNIAH YASA TAWAN GUNUNG KINABALU

Alhamdulillah.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Fakhrul Islam bin Juhali, Pengurus Besar Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) yang telah berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu bersama pasukan pendaki YASA.

Dengan semangat juang, disiplin, dan kesatuan yang utuh, bendera YASA telah berjaya dikibarkan megah di puncak tertinggi Malaysia. Kejayaan ini bukan sekadar pencapaian fizikal, tetapi simbolik kepada kekuatan azam, daya tahan mental, dan iltizam yang tidak pernah luntur dalam menggalas amanah.

Semoga momen bersejarah ini menjadi inspirasi buat seluruh warga kerja YASA serta generasi muda untuk kita terus mendaki apa jua cabaran di hadapan.

Share:

Scroll to Top