KUANTAN – Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA), sebuah yayasan yang diasaskan di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah menganjurkan Seminar Pelaburan Saham #PahangNextWealth yang pertama di Kuantan semalam.
Pengurus Besar YASA, Mohd Fakhrul Islam Juhali berkata program ini diadakan susulan keprihatinan Al-Sultan Abdullah terhadap kemajuan ekonomi rakyat di negeri ini.
Beliau berkata seminar itu bertujuan membantu rakyat meningkatkan literasi kewangan, menambah pelaburan saham dan membimbing mereka dalam membuat keputusan kewangan.
Menurutnya, seminar yang dihadiri oleh 1,000 peserta itu terbuka kepada orang awam dan pelajar universiti, sebagai sebahagian daripada siri program pendidikan kewangan yang dirancang untuk rakyat Pahang dari semua peringkat umur di bawah inisiatif #PahangNextWealth anjuran Yasa.
“Limited job opportunities and vast rural areas have been among the economic challenges faced by some people in Pahang.
“Taking this into consideration and realising the importance of getting the people of Pahang aware of the various investment tools, including technologies and applications that can be used to increase their income, including through equity investments, the seminar was organised,” he said in a statement today.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Al-Sultan Abdullah bagi mewakili kekandanya, Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Turut hadir ialah Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar. – BERNAMA