Mei 28, 2025

1 GOL KEMENANGAN DARI ASEAN ALL-STARS, RM1 JUTA UNTUK YASA DEMI KEBAJIKAN

Perlawanan bersejarah antara ASEAN All-Stars dan Manchester United pada 28 Mei 2025 telah menyaksikan kemenangan 1-0 berpihak kepada pasukan ASEAN. Namun, lebih bermakna daripada jaringan tunggal itu ialah impaknya kepada masyarakat, apabila pihak ASEAN Football Federation (AFF) bersama 12 Persatuan Bola Sepak Ahli AFF telah menyampaikan sumbangan bernilai RM1 juta kepada YASA sebagai tanda sokongan terhadap usaha kebajikan dan kemasyarakatan yang dijalankan oleh yayasan ini.

Yayasan Al-Sultan Abdullah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada AFF serta semua pihak yang terlibat atas kepercayaan dan sokongan yang amat bermakna ini. Sumbangan ini akan dimanfaatkan bagi memperluas lagi program bantuan kesihatan, pendidikan, kebajikan dan pembangunan modal insan.

1 jaringan kemenangan, 1 juta harapan untuk masa depan yang lebih baik.

Share:

Scroll to Top