October 23, 2025

YASA Terima Sumbangan RM100,000 daripada FGV Holdings Berhad

Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada FGV Holdings Berhad atas sumbangan bernilai RM100,000 yang telah disampaikan pada 24 September 2025M bersamaan 2 Rabiulakhir 1447H, bersempena Program FGV Seikhlas Hati – Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan & Sumbangan Kumpulan FGV Bersama Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Pengurus Besar YASA, Tuan Haji Mohd Fakhrul Islam Juhali, turut hadir pada majlis tersebut bagi menerima cek cura sumbangan berkenaan bagi pihak YASA. Sumbangan ini amat bermakna dalam memperkukuh usaha YASA melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan serta program pembangunan masyarakat yang memberi manfaat kepada golongan memerlukan.

Komitmen dan keprihatinan FGV Holdings Berhad ini mencerminkan sokongan berterusan terhadap usaha memperkasakan kesejahteraan komuniti serta memperkukuh nilai tanggungjawab sosial korporat (CSR).

Tags:

Share:

Scroll to Top