October 23, 2025

Kejayaan menamatkan larian Half Marathon dalam acara Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2025.

Setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Tengku Fahad Mua’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atas kejayaan menamatkan larian Half Marathon dalam acara Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2025.

Kuala Lumpur, 5 Oktober 2025 – Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Arif Temenggong Tengku Fahad Mua’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atas kejayaan menamatkan larian Half Marathon dalam acara Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2025.

Pengurus Besar YASA, YBrs. Tuan Haji Mohd Fakhrul Islam bin Juhali, turut bersama di garisan larian bagi memberikan sokongan moral kepada pasukan YASA serta menyemarakkan semangat kesukanan dan kebersamaan.

Setiap langkah dalam larian ini membawa makna. Tentang usaha, ketabahan dan keazaman untuk terus melangkah maju, seiring semangat YASA dalam menginspirasi kebaikan dan amalan gaya hidup sihat.

Tags:

Share:

Scroll to Top