October 23, 2025

Selamat Menduduki Percubaan UPKK

Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta selamat maju jaya kepada para pelajar Kelas Pengajian Al-Quran & Fardhu Ain Nurul Iman (KAFNI) yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) pada tahun ini.

Semoga segala usaha, doa dan persediaan yang dilakukan membuahkan hasil yang cemerlang serta diberkati Allah SWT. YASA sentiasa komited menyokong pembangunan sahsiah dan pendidikan agama demi melahirkan generasi rabbani yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing.

Tags:

Share:

Scroll to Top