May 19, 2026

PROGRAM KEM BESTARI SOLAT KAFNI YASA – “IBADAH DIPERKASA, SAHSIAH TERBINA”

9 Mei 2026 | Sabtu | Akademi YASA-MUIP

KAFNI YASA telah menganjurkan Program Kem Bestari Solat KAFNI YASA 2026 bertemakan “Ibadah Diperkasa, Sahsiah Terbina” yang berlangsung di Akademi YASA-MUIP melibatkan penyertaan seramai 70 orang murid Tahun 5 serta seluruh warga kerja KAFNI YASA.

Program yang bermula seawal jam 8:45 pagi ini diadakan bertujuan memperkukuhkan kefahaman berkaitan ibadah solat serta membentuk sahsiah dan disiplin diri dalam kalangan peserta melalui pendekatan pembelajaran secara teori dan praktikal.

Antara pengisian yang dijalankan sepanjang program termasuk penerangan berkaitan tatacara solat yang betul, bacaan dalam solat, kepentingan menjaga ibadah harian serta penerapan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Melalui penganjuran program seperti ini, diharapkan para peserta dapat menghayati kepentingan solat sebagai tunjang utama pembentukan peribadi muslim yang berilmu, berakhlak dan berdisiplin.

Tags:

Share:

Scroll to Top