Julai 19, 2025

MAJLIS IHTIFAL KAFA PERINGKAT ZON 2 DAERAH PEKAN

🗓️ Sabtu, 19 Julai 2025

📍 Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Pekan

Dengan penuh kesyukuran, Majlis Ihtifal KAFA Peringkat Zon 2 Daerah Pekan yang berlangsung pada 19 Julai 2025 bertempat di SK Pasir Panjang telah berjalan dengan lancar dan meriah. Program ini merupakan satu inisiatif tahunan yang bertujuan untuk mencungkil bakat serta memupuk kecintaan para pelajar terhadap Al-Quran, tulisan jawi dan kesenian Islam.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para peserta KAFA Nurul Iman (KAFNI) atas pencapaian cemerlang dalam beberapa acara utama pertandingan:

🥇 Johan Acara Nasyid

🥈 Naib Johan Tulisan Jawi (Perempuan)

🥉 Tempat Ketiga Bercerita Kisah Al-Quran (Lelaki)

Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih para peserta, tunjuk ajar daripada para guru serta sokongan ibu bapa yang tidak pernah jemu memberi dorongan. Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus maju dan mengharumkan nama KAFNI di peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang, insya-Allah.

Terima kasih dan tahniah juga kepada semua yang terlibat dalam penganjuran dan pelaksanaan majlis ini.

"Kejayaan adalah hasil usaha berterusan, doa dan tawakal kepada Allah SWT."

Tags:

Share:

Scroll to Top