March 5, 2026

Majlis Iftar Perdana & Bicara Nuzul Al-Quran MTPPTM

Kuantan, 5 Mac 2026 – Majlis Iftar Perdana dan Bicara Nuzul Al-Quran anjuran Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) bersama Masjid Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Sungai Karang Pantai telah berlangsung dalam suasana penuh keberkatan bersempena bulan Ramadan. 

Majlis ini diserikan dengan keberangkatan Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah ibni Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut mengiringi hadir YB Dato’ Ahmad Irshadi bin Abdullah Al-Qari, ADUN Pahang dan Tuan Haji Mohd Fakhrul Islam bin Juhali, Pengurus Besar YASA serta YH Tok Muda Dato’ Haji Ahmad Khirrizal bin Haji Ab. Rahman, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Pengisian utama majlis ialah Bicara Nuzul Al-Quran bersama Sahibul Fadhilah Dato’ Dr. Haji Badli Shah bin Haji Alauddin, Timbalan Mufti Pahang dan Al-Fadhil Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, Tokoh Akademi dan Pendakwah. 

Majlis turut diisi dengan penyampaian sumbangan kepada golongan yang memerlukan dan agihan bubur lambuk kepada masyarakat sebelum para hadirin berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih secara berjemaah.

Tags:

Share:

Scroll to Top