April 22, 2026

Kunjungan Hormat Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) ke Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang

KUANTAN, 22 APRIL 2025 (RABU) – Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang, Encik Khairul Amri Bin Ahmad hari ini menerima Kunjung Hormat daripada delegasi Yayasan Al-Sultan Abdullah yang diadakan Bilik Mesyuarat Utama JKM Negeri Pahang. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik dalam usaha meningkatkan kebajikan kanak-kanak. Perbincangan turut memberi fokus kepada cadangan naik taraf, pembaikan dan penyelenggaraan fasiliti institusi bagi memastikan persekitaran yang lebih selesa, selamat dan kondusif kepada penghuni.

Tags:

Share:

Scroll to Top