KUANTAN, 7 Mei 2026 – Bertempat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, telah berlangsung satu sesi kunjungan hormat oleh pihak Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) ke Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dalam usaha memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua institusi. Pertemuan muhibbah yang diadakan pada jam 2.00 petang ini menjadi platform penting bagi membincangkan inisiatif pembangunan ummah dan penyelarasan program di peringkat negeri.
Delegasi YASA yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Fakhrul Islam bin Juhali, Pengurus Besar YASA telah disambut mesra oleh Dato’ Haji Ahmad Khirrizal bin Haji Ab. Rahman, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP); Dato’ Haji Abdul Zaki bin Md. Zain, Timbalan Pengarah JAIP; Tuan Haji Mohd Rizzal bin Mohd Ali Nafiah, Imam Besar Masjid Negeri dan barisan Pegawai Kanan JAIP.Delegasi YASA yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Fakhrul Islam bin Juhali, Pengurus Besar YASA telah disambut mesra oleh Dato’ Haji Ahmad Khirrizal bin Haji Ab. Rahman, Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP); Dato’ Haji Abdul Zaki bin Md. Zain, Timbalan Pengarah JAIP; Tuan Haji Mohd Rizzal bin Mohd Ali Nafiah, Imam Besar Masjid Negeri dan barisan Pegawai Kanan JAIP.
Untuk makluman, YASA dan JAIP sememangnya telah lama menjalinkan hubungan kerjasama dalam pelaksanaan pelbagai program berteraskan keagamaan dan kebajikan di negeri Pahang. Hubungan erat ini terus diperkukuhkan melalui penyelarasan usaha bersama dan peluasan manfaat kepada masyarakat.
Sesi perbincangan ini memfokuskan kepada usaha sama dalam memperkasakan inisiatif keagamaan, kebajikan dan pendidikan secara holistik, selaras dengan visi YASA dalam memacu pembangunan ummah serta memperkukuh kesejahteraan sosial di bawah naungan institusi agama negeri. Kunjungan ini bukan sahaja mencerminkan keakraban hubungan yang sedia terjalin, malah menjadi manifestasi komitmen jitu kedua-dua pihak dalam memastikan maslahat masyarakat Islam di Pahang terus terpelihara melalui sinergi yang lebih mantap dan efisien pada masa hadapan.