October 23, 2025

Kunjungan Hormat SIRIM Pahang ke Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA)

Kuantan, 1 Oktober 2025 – Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) telah menerima kunjungan hormat daripada SIRIM Pahang.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengurus Besar YASA, Tuan Haji Mohd Fakhrul Islam bin Juhali. Turut hadir Pengarah SIRIM Pahang, Dr. Mazlina Manshor bersama barisan kepimpinan kedua-dua pihak.

Perbincangan memberi tumpuan kepada peluang kerjasama dalam bidang penyelidikan, inovasi, pembangunan kapasiti, serta program kemasyarakatan yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Kunjungan ini menandakan langkah penting dalam membina hubungan lebih erat antara YASA dan SIRIM Pahang, sekali gus membuka ruang kolaborasi meluas yang berteraskan kepentingan rakyat dan kesejahteraan komuniti.

Tags:

Share:

Scroll to Top