October 23, 2025

Kunjungan Hormat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang ke Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA)

Kuantan, 29 Julai 2025 – Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) telah menerima kunjungan hormat daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Pengurus Besar YASA, Tuan Haji Mohd Fakhrul Islam bin Juhali. Turut hadir Pengarah APM Pahang, Kol. (PA) Che Adam bin A. Rahman bersama barisan kepimpinan kedua-dua pihak. Perbincangan tertumpu kepada usaha memperkukuh jaringan kerjasama strategik melibatkan program pendidikan, latihan kecemasan, penglibatan belia, dan inisiatif kebajikan masyarakat. Kunjungan ini menandakan langkah penting dalam membina hubungan lebih erat antara YASA dan APM Pahang, sekali gus membuka ruang kolaborasi meluas yang berteraskan kepentingan rakyat dan kesejahteraan komuniti.

Tags:

Share:

Scroll to Top