Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) dengan penuh semangat telah menyertai Mara Lasak Pahang 2.0 yang berlangsung pada Ahad, 5 April 2026 di Chini, Pahang.
Pasukan YASA yang terdiri daripada 7 lelaki dan 3 wanita telah diketuai oleh Pengurus Besar YASA, Tuan Haji Mohd Fakhrul Islam bin Juhali, dalam menghadapi cabaran yang menguji ketahanan fizikal dan mental.
Peserta perlu menempuh laluan mencabar sejauh 15km sambil membawa beban seberat 5kg, sekali gus menuntut kekuatan fizikal, mental dan semangat kerja berpasukan yang tinggi.
Walaupun berdepan pelbagai rintangan sepanjang laluan, pasukan YASA berjaya menamatkan cabaran dengan penuh komitmen dan semangat juang yang tinggi.
Terus mara, terus kuat.