March 9, 2026

Program Penyediaan dan Agihan Bubur Lambuk Ramadan di Taman Melati, Kuala Lumpur

Taman Melati, 9 Mac 2026 – Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) dengan kerjasama Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Kuala Lumpur telah menganjurkan Program Penyediaan dan Agihan Bubur Lambuk Ramadan.

Bubur lambuk yang disediakan telah diagihkan kepada kariah masjid, para pesakit dan warga kerja Pusat Hemodialisis YASA, serta penduduk Taman Melati sebagai tanda kebersamaan dan semangat berkongsi rezeki di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Untuk makluman, daripada enam (6) Pusat Hemodialisis YASA yang telah beroperasi, sebanyak empat (4) buah pusat terletak di Kuala Lumpur, yang kini memberikan rawatan kepada sekitar 150 orang pesakit dialisis di sekitar ibu kota.

Semoga inisiatif ini dapat mengeratkan ukhuwah, menyemarakkan pengimarahan Ramadan serta membawa manfaat kepada masyarakat setempat.

Tags:

Share:

Scroll to Top