March 6, 2026

Ulang Tahun Perkahwinan Ke-40 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang

Merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan menjunjung kasih sempena Ulang Tahun Perkahwinan Ke-40 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj pada 6 Mac 2026 bersamaan 16 Ramadan 1447 Hijrah. Bersemayam di singgahsana cinta selama empat dekad.

Sesungguhnya perjalanan bahtera perkahwinan Paduka Baginda berdua merupakan lambang kasih sayang, kesetiaan dan kebijaksanaan dalam memimpin keluarga dan negeri. Hubungan penuh hikmah ini turut menjadi inspirasi kepada rakyat dalam menghayati nilai kasih, hormat serta pengorbanan dalam institusi kekeluargaan.

Patik sekalian sentiasa mendoakan semoga Paduka Baginda berdua sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang berterusan serta dilimpahi rahmat dan keberkatan Allah SWT, serta terus bersemayam di singgahsana dengan penuh daulat, memayungi rakyat Negeri Pahang Darul Makmur.

Daulat Tuanku.

Tags:

Share:

Scroll to Top