Kuantan, 3 Mac 2026 – Majlis Iftar Mahabbah: YASA x AY-M telah berlangsung dengan penuh kemesraan dan ukhuwah, menghimpunkan warga kerja Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) dan Akademi YASA-MUIP, para pelajar AY-M dan ahli keluarga dalam suasana penuh keberkatan di Hotel Sri Manja, Kuantan.
Dalam majlis tersebut, seramai 55 orang pelajar AY-M telah menerima sumbangan duit raya dan baju raya yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Fakhrul Islam bin Juhali, Pengurus Besar YASA, bersama YBrs. Puan Dura Wahida binti Mohd Nordin, Pengurus Akademi YASA–MUIP, sebagai tanda ingatan dan sokongan kepada para pelajar dalam menyambut Aidilfitri yang bakal tiba.
Sambil menanti detik berbuka, para jemputan turut disajikan dengan pengisian rohani melalui tazkirah ringkas yang disampaikan oleh PU Faris (Mohamad Faris bin Abu Bak), dan alunan suci ayat-ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Adik Ahmad Naufal bin Azmeer Izwan.
Semoga kemanisan berbuka puasa dan semangat kebersamaan yang terjalin dalam majlis ini membawa keberkatan buat seluruh warga YASA dan AY-M dalam mengejar keredaan-Nya.