February 20, 2026

Majlis Iftar & Penyampaian Sumbangan Beg Rahmah YASA di Pusat Hemodialisis YASA Jerantut

Jerantut, 20 Februari 2026 – Majlis Iftar dan penyampaian sumbangan Beg Rahmah anjuran Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) Jerantut telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh keberkatan dan kebersamaan.

Program ini menghimpunkan para pesakit hemodialisis, waris dan warga kerja Pusat Hemodialisis sebagai tanda keprihatinan dan sokongan berterusan YASA terhadap kebajikan pesakit, khususnya sepanjang bulan Ramadan yang mulia. Selain berbuka puasa dan solat berjemaah, para pesakit turut menerima sumbangan Beg Rahmah yang mengandungi barangan keperluan asas sebagai usaha meringankan beban dan menyuntik semangat dalam menjalani rawatan.

Majlis ini mencerminkan komitmen YASA dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan pesakit sentiasa diberi perhatian, bukan sahaja dari aspek rawatan kesihatan, malah sokongan moral dan kebersamaan komuniti.

Semoga inisiatif ini terus menjadi tanda kasih dan keprihatinan, serta membawa keberkatan kepada semua yang terlibat sepanjang Ramadan.

Tags:

Share:

Scroll to Top