Beserah, 11 Februari 2026 – OP Prihatin Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Zon Timur telah dilancarkan oleh YS Kol. (PA) Che Adam bin A. Rahman, Pengarah APM Negeri Pahang di stesen PETRONAS Beserah.
OP Prihatin dilaksanakan sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina 2026 bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan anggota dan aset keselamatan dalam menghadapi pertambahan pergerakan orang ramai serta aliran trafik yang tinggi. Operasi ini bertujuan memastikan bantuan kecemasan dapat disalurkan dengan lebih pantas, terancang dan berkesan sepanjang tempoh perayaan.
Sebagai menyokong usaha ini, ambulans YASA turut terlibat dalam OP Prihatin, bersama-sama pasukan APM bagi memperkukuh keupayaan respons kecemasan demi keselamatan dan kebajikan masyarakat.
Semoga setiap perjalanan sepanjang musim perayaan ini dipermudahkan dan dilindungi daripada sebarang musibah.
Semoga musim perayaan ini diraikan dengan senyuman, bukan siren kecemasan.