Beserah, 11 Februari 2026 – Penyerahan Pengurusan Perkhidmatan Ambulans Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang telah berlangsung dengan jayanya dalam Majlis Himpunan Setia APM Bil. 1/2026.
Kerjasama ini merupakan langkah strategik bagi memastikan ambulans milik YASA diurus dan dioperasikan secara profesional, sistematik serta selaras dengan standard operasi kecemasan yang ditetapkan.
Majlis penyerahan telah disempurnakan dengan kehadiran YS Kol. (PA) Che Adam bin A Rahman, Pengarah APM Negeri Pahang dan Tuan Haji Mohd Fakhrul Islam bin Juhali, Pengurus Besar YASA. Penyerahan tersebut telah disaksikan oleh YBhg. Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Datuk Yahya TUDM, Pengelola Bijaya Diraja Utama Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang.
Semoga kolaborasi ini memberi manfaat besar dan menjadi asbab kebaikan dalam usaha membantu rakyat yang memerlukan, khususnya di negeri Pahang.