February 7, 2026

Program Pemantapan Tulisan Jawi Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA)

🗓️ 7 Februari 2026

📍 Akademi YASA–MUIP (AY-M)

Program Pemantapan Tulisan Jawi anjuran Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) dengan kerjasama Akademi Jawi Malaysia melibatkan para pelajar Kelas Al-Quran dan Fardu Ain Nurul Iman (KAFNI) sebagai satu usaha berterusan dalam memperkukuh kefahaman dan meningkatkan kemahiran penulisan Jawi dalam kalangan generasi muda. Program ini memberi pendedahan kepada asas dan kaedah penulisan Jawi yang betul, selaras dengan keperluan semasa dalam memelihara warisan ilmu dan identiti bangsa Melayu.

Selain aspek pembelajaran, program ini dapat menyemai minat dan rasa cinta terhadap tulisan Jawi sebagai khazanah sejarah dan lambang tamadun Islam Melayu yang bernilai. Melalui pendekatan yang sistematik dan interaktif, para pelajar didedahkan kepada kepentingan tulisan Jawi dalam kehidupan seharian, pendidikan, perkembangan ilmu dan budaya.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Haji Mohd Fakhrul Islam bin Juhali, Pengurus Besar YASA, yang memberikan sokongan dan galakan terhadap usaha pemerkasaan tulisan Jawi dalam kalangan pelajar KAFNI sebagai sebahagian daripada agenda pendidikan dan pembinaan sahsiah generasi pewaris.

Usaha ini diharap dapat menjadi pemangkin ke arah pemartabatan tulisan Jawi agar terus dihargai, dipelihara dan diwarisi oleh generasi akan datang.

Tags:

Share:

Scroll to Top