Bukit Jalil, 4 Disember 2025 – Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) Cawangan Bukit Jalil telah menerima kunjungan mesra daripada Pusat Pungutan Zakat – MAIWP (PPZ-MAIWP) yang diketuai oleh YBhg. Dato’ Sri Amrin Awaluddin, Pengerusi PPZ-MAIWP, serta YBhg. Datuk Hj Abdul Hakim Amir Osman, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP. Turut hadir ialah wakil FGV Holdings Berhad, YBhg. Dato’ Fakhrunniam Othman.
Kunjungan ini diadakan bagi menyantuni pesakit golongan asnaf sekitar Bukit Jalil. Sempena lawatan tersebut, pihak PPZ-MAIWP telah menyerahkan sumbangan barangan keperluan dapur kepada enam (6) pesakit asnaf yang sedang menjalani rawatan hemodialisis, serta turut menyampaikan hamper penghargaan kepada kakitangan pusat.
YASA merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan dan sokongan berterusan daripada PPZ-MAIWP dan FGV. Semoga jalinan kerjasama ini terus diperkukuh demi kesejahteraan ummah, khususnya mereka yang memerlukan rawatan kritikal seperti hemodialisis.