Kuantan, 25 November 2025 — Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) terus komited memperkasa kecemerlangan pendidikan dengan mengadakan sesi edaran sumbangan sarapan pagi kepada 280 calon SPM 2025 daripada Akademi Menara Gading (AMG) dan pelajar SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad (SMKTPPTM) di kantin sekolah pagi ini.
Inisiatif ini bertujuan memberi sokongan moral dan memastikan para calon menduduki peperiksaan SPM hari ini dengan lebih bersedia dari segi tenaga, fokus dan kesejahteraan emosi, khususnya bagi ujian bertulis Bahasa Melayu Kertas 1 yang berlangsung pada sesi pagi.
Semoga sumbangan kecil ini sedikit sebanyak memberi semangat dan kekuatan untuk para calon menjawab dengan yakin serta meraih keputusan yang terbaik.
Selamat Menduduki SPM 2025!
Teruskan usaha, doa dan tawakal — moga kejayaan mengiringi setiap langkah.