November 6, 2025

Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat Sempena Perasmian Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) Bukit Jalil

Alhamdulillah, pada hari ini, Khamis, 6 November 2025, telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat bersempena dengan Perasmian Pusat Hemodialisis Yayasan Al-Sultan Abdullah (YASA) Bukit Jalil) bertempat di Masjid Talhah Bin Ubaidillah, Bukit Jalil.

Majlis ini diadakan bagi memohon keberkatan dan kesejahteraan atas pembukaan pusat ini yang bakal memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

Yayasan Al-Sultan Abdullah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua jemaah serta ahli kariah yang hadir memeriahkan majlis ini.

Tags:

Share:

Scroll to Top